Sunday, February 14, 2016

BANGKOK DAY 3 (Part 2): Tips membeli Jersey KW Thailand gred AAA, Asiatique Riverfront, Pratunam Night Market


*Mynn menggayakan jersi Arsenal dengan penuh keayuan!


So basically entry ni adalah untuk kaum lelaki dan aku yang menulis ni adalah seorang perempuan yang agak dungu pasal bola apetah lagi kelab-kelab bola dan jersi-jersinya. Harapnya segala apa yang aku tulis ni kalau bercanggah mohon dimaafkan. Huhu. Aku tak tahu apa-apa pasal barangan sukan dan apa yang aku tulis ni berdasarkan apa yang Syafiq beritahu pada aku jelah. Hehe

Ada terdapat satu area berdekatan National Stadium Bangkok yang mempunyai puluhan kedai yang menjual barangan sukan. Daripada yang original sehingga yang ciplak mengikut gred-gred dia ya. Tempat ni juga dipanggil syurga jersey yayyy!

Lemme guide if abam-abam nak kesini ya. Naik BTS Skytrain dan turun di station National Stadium. Sila pilih exit yang menghala ke stadium dan jalan kaki terus sehinggalah anda lalu di depan stadium. Jangan lupa ambil gambar kenangan depan stadium Bangkok. 



Lepas jumpa stadium ni jalan terus lagi sampai jumpa simpang 4 ya dan beloklah ke kiri. Jalan je sampai belakang dan nanti abam-abam mesti nampak punya deretan kedai-kedai sukan yang tersangatlah banyak. Adalah dalam 2-3 blok kedai tu memang semuaaaaa kedai sports dan jersi sahaja. Nasihat saya, survey lah harga dulu di setiap kedai.

Sikit penerangan mengenai Jersey KW Thailand:
Jersey KW Thailand dikategorikan sebagai JERSEY GRADE AAA adalah merupakan jersi asli buatan Thailand. Dari segi kualitinya, KW Thailand lebih baik kerana hampir serupa dengan Grade Ori. Standard ukuran adalah mengikut Europe which is S/M/XL (size L tak adhoooo) Jersey KW ini 97% menyerupai jersey ORIGINAL. Harga dia lebih murah berbanding jersey Grade Ori **Kejap gred AAA, kejap gred ori, kejap original, APE SEMUAAA NI! MYNN TAK FAHAMMM BLERRGHH

Pilihan kitorang kedai ni sebab jersi Arsenal Home Kit 2015/2016 yang Syafiq nak dijual dengan harga 300 baht sehelai for gred AAA (dalam RM34+-). Kalau kat Mesia normally orang jual dalam RM60-100++ so its consider cheap lah kat sini. Dan kalau anda beli more than 1pcs dapat lagi murahhh. 

*Sebaris ni semua kedai jersey. Kitorang masuk kedai signboard oren tu, Sport Center

 *Suasana dalam kedai. Kedai dia kecik-kecik je, tapi banyak barang.

*Aku join venture dengan auntie baju hijau tu. Duduk dan berhuhuhu tunggu laki shopping jersey




Hmm sebenarnya aku bosan kat kedai ni. Syafiq keep asking me jersi ni cantik tak, jersi tu cantik tak, which one prettier bla bla bla. Sesungguhnya aku tak tahu nak nilai kecantikan jersi tu macam mana. Huhu. Dan seumur hidup aku pun tak pernah membeli jersi bola (kesian mynn hmmm) So Syafiq just belikan aku jersi yang sama je macam dia. Kalau nak niaga jersi kat Mesia, bolehlah borong kat sini dan jual 2-3 kali ganda dari harga tu. Muehehe sure untung tapi rabak poket nak beli flight ticket.




*Bye-bye syurga jerseyyyy. Next time jumpa lagi ok?

*Rest sekejap masa nak jalan kaki semula ke BTS station. Penat-penat pun peluh tak keluar sebab Bangkok tengah sejuk. macam ada aircond everywhere. Muka sikit pun tak berkilat okayyy. I love Bangkok! #NoFilter #NoBeautyCamera



After shopping jersi we went back to hotel for resting before going out again to Asiatique Riverfront on evening. Before that singgah 7e dan beli aiskrim Milo ni, balik bilik aku pi letak aiskrim ni dalam peti sejuk tapi tak letak tempat freeze tu. Lalu aiskrim pun cair. Dah, nak bagitahu tu je. Balik mesiaa sampai sekarang aku tak nampak bayang aiskrim ni kat 7e. Benci!




ASIATIQUE THE RIVERFRONT


"Asiatique The Riverfront is a large open-air mall in BangkokThailand. It is situated in the former docks of the East Asiatic Company, and faces the Chao Phraya River and Charoen Krung Road. The complex opened in 2012 after extensive renovation of the site. operates as an open-air night market and is open daily from 17:00 to 24:00. It features 1,500 shops and stalls and 40 restaurants, most of which are housed in the former warehouses. Performing venues for the Joe Louis Traditional Thai Puppet Theatreand the Calypso Cabaret show are also located here, as well as Asiatique Sky, the tallest Ferris wheel in Bangkok at 60 metres (200 ft)" - Wikipedia


Cara untuk ke Asiatique Riverfront:
1) Naik BTS Skytrain dan turun di station Saphan Taksin, ambil exit 2 ke Sathorn Pier
2) Jalan kaki ikut je laluan tu sampai nampak Chao Phraya River tu dan mesti korang akan nampak signboard "To Asiatique"
3) Sila beratur untuk naik free shuttle boat ke Asiatique (kekerapan boat setiap 15-30minit)

*Kat deck menunggu. Sila beratur ye kawan-kawan...

Ada juga khidmat bot berbayar untuk ke Asiatique. Tapi dah ada yang free naik jelah yang free ye walaupun bersesak-sesak dalam bot tanpa life jacketnya. Seram woi naik bot ramai-ramai. Kalau tenggelam sia-sia hidup aku but i enjoyed the whole ride. Bukan selalu dapat naik bot. Feeling-feeling ala fisherman gitteww. Hehh

 *Dah nampak Asiatique dari jauh. Terujaaaaa ok!





Since Bangkok sedang dilanda winter luar biasa time tu, kat Asiatique sejuk dia lagilah berganda. Setiap kali angin bertiup, whooosshh nak terkucil aku! Lol. Anyway, Asiatique tu tempat shopping jugak but agak mahal. Bagi aku dan Syafiq tempat tu agak bosan. Nak naik ferris wheel satu kepala 300 baht, hmm mahalnyaaaa. So kitorang jalan-jalan cari halal food. Kat food section ada indian food halal, jalan-jalan lagi jumpa stall kecik jual kebab halal. So makan kebab jelah. 

*Makan kebab dengan dua orang budak hitam


Tak sampai 1 jam pun kat Asiatique tu, kitorang decide untuk balik. Reminder, last shuttle boat pukul 11 malam ye. Next place nak dituju.... 



PRATUNAM NIGHT MARKET


Tak suka pergi market ni! Buat aku penatttt sampai tahap nak give up my legs. Berkali jugak gaduh dengan Syafiq. Dia tu kaki panjang, langkah pun besar dan cepat. Aku ni kaki pendek, jalan terkedek-kedek. Naik BTS Skytrain turun di station Chit Lom then aku tak ingat apa-apa lagi dah. Masetu otak aku fikir sejuk dan penat je. Setelah ditipu berkali-kali oleh Syafiq "sekejap lagi sampai...dah dekat dahh" masalahnya tak sampai-sampai! Mase tu menyesal jugak kenapelah kami memilih untuk jalan kaki. Jauh gila kottt. Macam-macam ada jual kat market tu. Macam biasalah, kalau beli more than one baru dapat discount. 

*Style kat sini pergi pasar malam or shopping mall memang seret luggage. Mereka ni diantara yang shopping dalam kuatiti yang banyak, so senang kalau bawak luggage.


Nak balik ke hotel dari Pratunam market tu naik je taxi meter. Fares tak sampai 50 baht pun. Make sure before masuk taxi tanya dia guna meter atau tidak ye. Kalau driver tak nak guna meter, bye-bye je. Just wait for next taxi. 

Before going back to hotel, Syafiq ajak buat massage since kitorang punya kaki dah macam loose segala skru akibat berjalan satu hari. I totally lovessss this! I choose untuk buat Thai massage dan Syafiq buat foot massage. 250 baht untuk 1 jam. Before this kalau ke thai aku akan buat foot atau oil massage for relaxing. But kali ni aku try thai massage yang terkenal dengan kesakitannya sebab dia akan lipat-lipat badan engko macam ko tu sehelai baju. Kahkahh. But honestly bila badan betul-betul penat then kena lipat-lipat dan pijak-pijak badan akan jadi lega. But depend jugak pada orang yang mengurut tu. 

Tips: Pilih tukang urut yang berusia sikit macam makcik-makcik ke. Dorang urut lagi sedap (Nak extra sedap pilih pondan sebab dalam gemalainya ada kekerasan). Setiap kali makcik tu picit or lipat aku, dia akan tanya "okay haa?" berkali-kali (maybe takut aku sakit sangat ke kan, but instead aku menjawab "HARDER PLEASE...MORE HARDER..." huhu maklumlah badan tebal dan agak flexible:p

So, tamatlah kisah Day 3 yang teramatlah panjang. Total expenses for Day 3 for two person:

Breakfast : 120 baht
BTS Skytrain One-Day-pass : 280 baht
Hello Kitty House : 140 baht
Bought jersey : 970 baht
7 eleven : 100 baht
Kebab at Asiatique : 140 baht
Dinner : 100 baht
Bought Handbag at Pratunam : 190 baht
Taxi fare : 50 baht
Body Massage : 500 baht

Total loss Day 3 : THB 2590



Khap khun kaaaa kerana sudi baca coretanku yang berjela :)



No comments:

Post a Comment