Friday, February 5, 2016

Bangkok Day 3 (Part 1): Sanrio Hello Kitty House - MUST VISIT PLACE FOR GIRLS!




Sumpah....aku teruja nak tulis part yang ni. This is the highlight for this trip. Tak ramai yang tahu kewujudan tempat ni. Aku baca Malay blog takde lagi yang pergi ke Sanrio Hello Kitty House Bangkok ni (maybe tak ramai minat tempat macam ni/yang pergi takde tulis kat blog huhu). Aku baca blog orang Singapore lah baru aku tahu kewujudan tempat kyoooot ni.



I'm not a big fan of Hello Kitty but i always adore of their cuteness dan bila tengok gambar tempat tu flooded with pink-themed furnitures itu yang membuatkan aku membuak-buak nafsu nak kesana. Padahal ade je Sanrio Hello Kitty Town kat Puteri Harbour JB tu tapi aku tak pernah teringin pun nak pergi HAHA (maybe sebab aktiviti kat situ more to small kids dan entrance kena bayar RM65+).



Cara nak ke Hello Kitty House silalah naik BTS Skytrain dan turun di station Siam (dalam sebutan thai bunyinya "sayam") dan tolehlah kiri kanan untuk cari Siam Square. Jalan ke dalam Siam Square dan korang akan jumpa lah tempat cute ni. Masuk percuma je okay.



*Kucing gergasi ni kat sebelah Hello Kitty House tu. Meoww kap kappp (konon-konon bahasa kucing thailand huhu)


Sanrio Hello Kitty House ni menghimpunkan cafe, shops dan spa kat bawah satu bumbung. So, tempat ni agak sesuai untuk golongan muda lepak, makan kek dan ambil gambar. Dan kalau korang perhati Kitty Bow tu lain sikit sebab ada lace di keliling dia. Sebenarnya memang ia sengaja dibuat sebagai signifikan dan untuk menandakan ianya Hello Kitty Bangkok sebab ada banyak Hello Kitty House all over the world.  Kalau korang tengok bangunan dia dari luar macam biasa je, like nothing special. Ni gambar dari luar. People will think it just normal kedai yang jual item bertemakan Hello Kitty.





*Boleh beli drink di kaunter luar tu for take-away :)

Once you enter inside the cafe OMG cantiknyaaaa perabut pink! Kalau Dato Sri Vida nampak tempat ni kompem dia beli then jadikan Qu Puteh House huhu ^^ Since aku pergi sini on monday morning so dalam tu lengang je takde orang sangat. Jadi masa inilah aku akan beraksi berselfie gila-gila tapi si Syafiq dah caras aku dulu! Hmmphh.


*Tengok budak ni. Mula-mula aku ajak pegi sini dialahhh yang paling lemah. Katanya nanti pening tengok PINK sana sini. Lastly bila dah sampai dia yang sibuk suruh ambilkan gambar dia. Huhu



Trust me! Kalau korang lelaki dan tak suka pink tak suka hello kitty tak suka tempat girlish (macam Syafiq) you will ended up taking a LOT OF PHOTO HERE TOO!!! Because the place are too pretty to resist! Its not like you will become pondan kan if enter this kind of place. So kepada abam-abam or bapak-bapak yang nak buat girlpreng/bini/anak-anak happy boleh la datang sini :)

So, let's start with 1st floor iaitu cafe dia. Bilamana korang masuk je, suruh lah partner korang pi cari port nak duduk ye dan bersedia untuk rambang mata tengok pilihan kek dia dan ada juga light snack macam pad thai, mango sticky rice, pancake etc. Kalau nak tahu, only premium ingredient yang diimport dari luar negara yang digunakan seperti tepung dan butter dari France, coklat dari Belgium, dan strawberry dari Japan & Korea untuk digunakan dalam pembuatan kek dan pastri disini. Hmm. Mesti sedappp. Tapi Mynn tak berpeluang pun nak merasa huhu. Sebab before datang situ dah makan dulu kat Terminal 21. Nahh aku belanje korang gambar kek...


*Hot Cafe Latte. Ni yang famous kat sini. Comelnya lahh. Tak sampai hati nak minum! (sebab tu aku tak order huhu)

So, aku cuma order cold drink je kat sini which is Pink Milk Tea yang berharga 70 baht. Kat sini beverage and sweet treats dia semua a bit pricey lah. Cake pun paling murah 90 baht, itu pun cup cake. Tapi percayalah, ambil gambar dan selfie je pun dah cukup membuatkan anda kenyang di sini!

*Syafiq mana? Hahh, dia sibuk pegi berselfie :p





*Ni dia Pink Milk Tea. I thought dia letak grass jelly, tapi bukan. Rasa dia lebih kurang macam 'pearl' bulat-bulat  yang kat cool blog tu haa, tapi yang ni versi hancur. Tea dia sedappp. Tapi Syafiq tak suka :p


Kitorang duduk di 2nd floor dimana ruang dining dia lagi luas dan cantik. Kalau boleh kat setiap inci tempat nak berselfie! I totally lovesssss the chair, the pink sofas, the ceiling! Cantik sangat-sangat. Kalaulah boleh bawak balik Mesiaaaaaa....

*Kalaulah boleh bawak geng gagak aku yang kepohchi tu kesini, mesti meriah lalu Hello Kitty House pun runtuh!


* Here one of my favorite chair! Peek-a-boo sayang~~

*Another type of chair. Kitty Bow eberiwehhh!



 *The ceiling tho. 

*The design on this spot also frequently change following any festival/celebration. Since I went there on January they still kept the Christmas theme.


*Place for tissues, sugar, creamer, straw, etc.



Sorry but youre going to see tons of my selfie starting from this point:
*Kind of my delightful face



*And someone is starting to bored...



*Lets go to the basement floor!



*Cute teapotttt


*One of the cute section. Purrrrfect for photo!

*Welcome to Kitty shopppp





*Kitty car! Lets take a ride :D

*Thanks sayang for brought me hereeeee *love shoot*

*Ini spa diaaaa. But y u no pink?






When its comes to say goodbye to Hello Kitty House, aduhh berat hati sungguh. Since Syafiq dah fulfill my wish nak tengok kitty, then kami akan proceed dengan Syafiq punya mission pulak iaitu Finding Jersey! Macam biasa, tunggu next entry ye. Panjang betul entry untuk Day 3 ni. Hahaha :D 


P/s: Nak stay hotel yang bertemakan Hello Kitty. Kat mana ada?







No comments:

Post a Comment